Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 19 Okt 2018
Versi 8.1.2

Dimaklum bahawa Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Masjid Surau Negeri Sarawak (JPHEMSNS) mengambil perhatian serius mengenai isu Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid dan Surau tidak dilantik selepas tamat tempoh pelantikan yang boleh menimbulkan isu perundangan, pentadbiran dan pengurusan kewangan.

Sehubungan itu, JPHEMSNS telah memutuskan perkara-perkara berikut :-

a)   Pelantikan JKP Masjid atau Surau bagi sesi 2019-2021 hendaklah mematuhi Jadual Penetapan Tarikh Tindakan Bagi Proses Permohonan Pelantikan Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Dan Surau Sesi 2019-2021 seperti LAMPIRAN A (klik untuk muat turun);

b)   Bersetuju dengan pindaan Perkara 5 : Kaedah Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Sarawak 2004 (Pindaan 2008/2009), agar dilantik seorang Timbalan Pengerusi mengambil satu kouta ahli biasa dalam kalangan empat (4) hingga sepuluh (10) ahli biasa;

c) Permohonan pelantikan hendaklah dibuat melalui sistem e-Masjid (https://emasjid.sarawak.gov.my) dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap


Bahagian Kemajuan Institusi Masjid
Jabatan Agama Islam Sarawak
Tel : 082-507170