NOTIS PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI PENGIMARAHAN DAN PENETAPAN HAD BILANGAN JEMAAH SOLAT BAGI SEMUA MASJID DAN SURAU DI BAHAGIAN SIBU SEMASA PKP

Dipaparkan pada 15 Jan 2021

NOTIS PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI PENGIMARAHAN DAN PENETAPAN HAD BILANGAN JEMAAH SOLAT BAGI SEMUA MASJID DAN SURAU DI BAHAGIAN SIBU SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

 

Berdasarkan perkembangan semasa wabak COVID-19 dan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk melaksanakan PKP di Bahagian Sibu, Majlis Islam Sarawak memutuskan perkara-perkara berikut bagi semua masjid dan surau di Bahagian Sibu :-

  1. Semua aktiviti pengimarahan (termasuk Ceramah/Kuliah/Kelas dan lain-lain) hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh PKP;
  2. Solat Jumaat dan Solat Lima Waktu boleh diadakan dengan had bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang (terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Masjid/Surau, Imam (I, II & III), Bilal dan Marbot sahaja);
  3. Gugur tuntutan wajib mengerjakan Solat Jumaat bagi sesiapa yang tidak memperolehi kouta jemaah Solat Jumaat sebaliknya hanya wajib mengerjakan Solat Fardhu Zohor sebanyak 4 rakaat sebagaimana yang telah diputuskan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak (LFNS);
  4. Patuhi semua SOP Covid-19 yang ditetapkan LFNS, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPN), Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia ; dan
  5. Arahan ini berkuatkuasa mulai 16 Januari 2021M / 3 Jamadilakhir 1442H sehingga PKP ditamatkan oleh JBPN.

Arahan

Majlis Islam Sarawak

15 Januari 2021M / 2 Jamadilakhir 1442H

Useful Links