Pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan boleh dibuat melalui atas talian http://e-munakahat.sarawak.gov.my.
Permohonan untuk Pensijilan Halal Malaysia boleh dibuat melalui atas talian di http://apps.halal.gov.my/myehalal
Permohonan pensijilan halal di Malaysia adalah sukarela dan tidak diwajibkan.
Permohonan untuk Pembinaan Masjid / Surau baru boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Hal-Ehwal Masjid / Surau yang boleh diperolehi dari mana - mana Pejabat Agama Islam Bahagian yang berdekatan dan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat Permohonan untuk Pembinaan Masjid / Surau
- Minit Mesyuarat
- Pelan Masjid / Surau
- Surat Pengesahan Tapak Tanah
Pengambilan menjadi Guru Takmir akan dibuka setiap 3 tahun kerana tempoh sah lantikan sebagai Guru Takmir adalah selama 3 tahun. Iklan pengambilan akan dihebahkan dan borang permohonan boleh diperolehi dari mana - mana Pejabat Agama Islam Bahagian yang berdekatan di bahagian masing - masing.
Setelah pesalah membuat pengakuan bersalah di dalam Mahkamah Syariah, pesalah akan dijatuhkan hukuman oleh hakim berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan.
Waran tangkap akan dikenakan terhadap pesalah apabila pesalah enggan/sengaja tidak hadir/gagal hadir pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Mahkamah tanpa alasan yang munasabah.
Pemohon yang mahu memeluk islam hendaklah datang ke mana - mana Pejabat Agama Islam Bahagian yang berdekatan dan membawa :
- Seorang saksi yang beragama Islam dan warganegara Malaysia ( Saksi hendaklah orang yang bertanggungjawab membawa pemohon untuk memeluk islam iaitu samaada bakal suami/isteri atau keluarga bakal suami / isteri atau kenalan atau saudara)
- Keluarga yang bukan islam digalakkan untuk hadir bersama semasa proses Pengislaman.
- 1 Keping gambar berukuran passport bagi pemohon.
- Dokumen Pengenalan Diri Asal Pemohon ( Kad Pengenalan/ Paspot/ Sijil Lahir/ Resit Sementara JPN)
- Surat Keizinan Ibu/ Bapa/ Penjaga (Jika Pemohon Berumur Di Bawah 18 Tahun) (jika Berkenaan)
- Surat Kebenaran Anggota Tentera (Jika Berkenaan)
- Kad Pengenalan Setiap Saksi Pengislaman (jika Berkenaan)
- Bagi pemohon yang berstatus Duda/Janda perlu mengemukakan Sijil Cerai
- Bagi pemohon yang berstatus Berkahwin, perlu menyelesaikan dahulu Perceraian sebelum memeluk islam.
Aplikasi e-hidayah adalah portal Maklumat Pengislaman dan Pendaftaran Pengislaman secara atas talian di Sarawak.