Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Size AAA

Kemaskini Pada: 18 Nov 2019
Versi 8.2.2
KUCHING - SEMINAR PEMATUHAN PIAWAIAN PENSIJILAN HALAL ZON SELATAN 2019
Tarikh : 14 Oct 2019
 

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak telah berjaya melaksanakan siri program Seminar Pematuhan Piawaian Pensijilan Halal untuk Zon Selatan bagi tahun 2019 bertempat di Pusat Penerangan Islam Sarawak (SIIC) pada 10 Oktober 2019 yang lepas.

Seminar yang menghimpunkan para pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Zon Selatan ( Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong )  ini kekal dengan objektif utamanya bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada para pemegang sijil tentang pentingnya komitmen sepanjang bergelar pemegang SPHM. Disamping itu, memperkenalkan kepada pemegang SPHM iaitu Sistem Jaminan Halal Malaysia untuk mempertingkatkan tahap pematuhan. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk membincangkan segala permasalahan berkaitan SPHM melalui sesi randau bersama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu bin Haji Taha dan kakitangan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak.

Seramai 190 orang peserta telah menghadiri seminar yang bermula pada jam 0800 pagi hingga 0400 petang ini. Penceramah yang telah menyampaikan kertas kerja dalam seminar ini ialah Hajah Asmawaty @ Siti Asmah binti Haji Ahmad, Ketua Unit Pensijilan, Ustaz Hj Zulhazlie bin Rambli, Ketua Unit Pemantauan & Penguatkuasaan, Ustaz Hj Mohamad bin Sinosi, Ketua Unit Pembangunan Halal.

Nantikan destinasi program seterusnya iaitu di Bahagian Miri untuk Zon Utara pada 24 Oktober 2019 ini.


Kredit Info & Gambar : Puan Suria Binti Ramli & Cik Nur Nardilla Binti Jepri, Bhgn Pengurusan Halal JAIS