Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Size AAA

Kemaskini Pada: 18 Nov 2019
Versi 8.2.2
SARIKEI - KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SAUDARA KITA 2019
Tarikh : 17 Oct 2019
 

SARIKEI - Pada 8 hingga 10 Oktober 2019 (Selasa-Khamis) yang lepas bertempat di Dragon Inn, Sarikei telah diadakan Kursus Kefahaman Islam Saudara Kita Peringkat Bahagian Sarikei. Kursus ini anjuran Urus Setia Saudara Kita Bahagian Sarikei dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei, HIKMAH Sarikei & YADIM Sarikei.

Peserta terdiri daripada Saudara kita di sekitar Daerah Sarikei, Bintangor, Julau & Pakan. Sepanjang kursus selama 3 hari itu, peserta telah diberi Ceramah dan sesi perkongsian berkaitan Akidah, Akhlak dan Ibadah untuk menambah kefahaman dan memantapkan iman para peserta.

Majlis Penangguhan pula telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN N41 Kuala Rajang


Kredit Info & Gambar : Ustazah Suzila Binti Hanapi, PAIB Sarikei