Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Size AAA

Kemaskini Pada: 12 Dis 2019
Versi 8.2.2
KUCHING - BENGKEL S.O.P HALAL 2019
Tarikh : 21 Nov 2019
 
Kuching – 18 hingga 20 November 2019, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengadakan Bengkel Standard Operating Procedure ( SOP ) Pensijilan Halal Malaysia ( PHM ) 2019 di Hotel Riverside, Kuching.

Bengkel yang dikendalikan oleh Puan Hajah Asmawaty@Siti Asmah Binti Haji Ahmad, Ketua Unit Pensijilan, Bahagian Pengurusan Halal ini melibatkan seramai 17 orang kakitangan Bahagian Pengurusan Halal bertujuan untuk mengemaskini dan menambahbaik SOP pematuhan piawaian dan prosedur Pensijilan Halal bagi masyarakat Islam di Sarawak. Selain itu, bengkel ini juga untuk memastikan segala strategi, perancangan, pelaksanaan dasar dan penyelarasan kerja berjalan dengan lancar.

Majlis Penangguhan bengkel telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak iaitu Yang Berbahagia Datu Haji Misnu Bin Haji Taha.