Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Size AAA

Kemaskini Pada: 12 Dis 2019
Versi 8.2.2
MIRI - BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN SIRI 03 2019
Tarikh : 21 Nov 2019
 

MIRI - Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Syariah, JAIS telah mengadakan Bengkel Penyediaan Kertas Siasatan Siri 03 yang bertempat di Hotel Mega, Miri pada 18 hingga 20 November 2019. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada pegawai penguatkuasa agama seluruh bahagian di Sarawak.

Bengkel ini adalah siri yang ketiga dan terakhir untuk tahun ini selepas bengkel pertama yang diadakan di di Hotel Merdeka Palace, Kuching pada bulan April dan siri yang kedua di Hotel Tanahmas Sibu pada bulan Julai dan siri yang ketiga ini dibuat di bahagian Miri. Keutamaan bengkel pada kali ini lebih menekankan kaedah penyediaan kertas siasatan bagi Sekyen 128 ( Perceraian di Luar dan tanpa kebenaran Mahkamah ), Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam yang lebih mudah dan pantas disediakan. Ini kerana kes Seksyen 128 semakin meningkat dari hari ke hari dan tindakan perlu diambil kepada mereka yang sewenang-wenangkan melafazkan talak di luar dan tanpa kebenaran mahkamah.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini berterusan dapat menambah baik produktiviti fail siasatan supaya lebih berkualiti dan terbaik untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah.


Kredit Gambar Bengkel : Ustaz Haji Awang Kasti, Bahagian Penguatkuasaan Syariah HQ