Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Size AAA

Kemaskini Pada: 12 Dis 2019
Versi 8.2.2
KUCHING - TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG BAKO
Tarikh : 26 Nov 2019
 

KUCHING, 23 NOVEMBER 2019 - Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Khalidi Bin Haji Ibrahim bersama beberapa agensi kerajaan, Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bako telah membuat lawatan dan tinjauan di sekitar Tanah Perkuburan Islam Kampung Bako, Kuching pada hari Sabtu yang lepas. Lawatan tersebut dibuat untuk melihat keadaan di kawasan tanah perkuburan yang dilaporkan runtuh berikutan tanah yang mendap dan kerja-kerja pemindahan serta pemuliharaan sedang dijalankan. Beberapa saranan langkah terbaik bagi mempertahan tanah perkuburan itu dibincangkan semasa lawatan tersebut dibuat.