Font Size AAA

KUCHING: PERUNTUKAN RM1.8 JUTA, APLIKASI KISWA DILANCARKAN
Tarikh : 28 Jul 2020
 

KUCHING, 24 Julai 2020, Jumaat : Seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjayakan strategi digital ekonomi Sarawak, Jabatan Agama Islam (JAIS) Sarawak, telah melancarkan satu sistem perkhidmatan online yang dinamakan sebagai Aplikasi Khidmat Islam Sarawak (KISWA), menerusi peruntukan tahun 2019, bernilai RM1.8 Juta.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi memberitahu, dengan pelancaran aplikasi tersebut, akan memudahkan tugas harian kakitangan JAIS, disamping memudahkan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan JAIS.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Majlis Pelancaran KISWA, di Kuching pada Jumaat.

Sehubungan itu tambahnya, kerjasama rakyat diperlukan untuk mengaplikasikan sistem digital dalam kehidupan, demi mencapai sasaran menjadikan Sarawak sebuah negeri yang termaju menjelang 2030.

Mengulas lanjut, Pengarah JAIS, Ustaz Haji Khalidi Haji Ibrahim dalam ucapannya berkata, pelancaran tersebut adalah sempena sambutan 30 tahun penubuhan JAIS, dengan fokus mengintegrasikan semua aplikasi dibawah satu platform.

KISWA mula digunakan mulai 15 Jun yang lalu, boleh dilayari melalui kiswa.sarawak.gov.my , dan dibina atas beberapa ciri seperti berikut.

1 . One Stop Service - Satu Platform Untuk Semua Perkhidmatan Hal Ehwal JAIS Termasuk Agensi-Agensi Islam Dibawah Majlis Islam Sarawak

2. Sarawak Id - Penggunaan Satu Id Bagi Pelanggan Mendapat Semua Prkhidmatan Dengan Kerajaan Negeri Seperti Tambahan Ciri-Ciri Keselamatan Dibawah KISWA

3. One Stop Information - Semua Data Dan Statistik Lebih Mudah Dicapai Dalam Bentuk Open Data (Boleh Di Akses Oleh Orang Awam), Dan Close Data (Hanya Boleh Di Akses Oleh Kakitangan JAIS)

4. Mobile Friendly - Mudah Di Akses Dengan Baik Menggunakan Peranti Alat Mudah Alih

Sumber berita : Edisi UKAS