Font Size AAA

JUBLI MUTIARA JAIS: PERHIMPUNAN KHAS
Tarikh : 17 Aug 2020
 

KUCHING, Isnin : Pagi tadi telah diadakan satu Perhimpunan Khas sempena Sambutan Jubli Mutiara Jabatan Agama Islam Sarawak ke 30 tahun ( JAIS ) pada Tahun 2020.

Perhimpunan Khas tersebut telah diadakan di Dewan Kompleks Islam Kuching bermula jam 0830 pagi.

Majlis dimulakan dengan Lagu " Negaraku " dan " Ibu Pertiwiku" dan seterusnya Persembahan Lagu Jabatan.

Ucapan serta amanat telah disampaikan oleh Sahibul Siyaadah Ustaz Haji Khalidi Bin Haji Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.

Dalam Perhimpunan itu juga turut diadakan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2019 kepada 27 orang penerima. Mereka yang telah mendapat APC 2019 ialah:

Ustaz Haji Rafaee Bin Morshidi Ustaz Awang Nib Zuhairi b Awg Ahmad Ustaz Abdus-Salam bin Morshidi
Ustaz Anwar b. Rosli Ustaz Abg Faisah bin Abg Bujang Ustaz Muhammad Harmila bin Anuar
Ustazah Norliza binti Salihin Ustazah Fauziah binti Haji Pandin Ustaz Muhammad Adib bin Saini
Ustazah Ngatijam Binti Misau Pn Dayang Lalita Binti Abang Adenan Encik Ismail bin Abdul Khan
Encik Irwandy bin Sarkawi Encik Ibrahim Bin Saili Puan Aifa Ashma binti Mobil
Ustazah Manisah binti Bolhi Ustazah Musyirah binti Datu Hj Loling Othman Ustaz Matnor bin Tuah
Ustazah Juna bt. Mat Tuyah Ustaz Salmi bin Sulaiman Ustazah Siti Maziyyah binti Hasbi Mohd Suleiman
Ustazah Fatimah binti Affandi Ustazah Safazilah Bt Sedek Ustazah Sharifah Fadhilah binti Wan Suib
Puan Hajibah binti Bujang Puan Ainon binti Johari Puan Asfalela bt Afandi


Turut diadakan Penyampaian Anugerah Khas Jubli Mutiara ( Anugerah Khas Darsa Warsa ) kepada tiga orang warga kerja JAIS yang telah lama berkhidmat dan banyak memberikan sumbangan kepada jabatan dari segi penglibatan dalam dakwah, sukan dan bermacam-macam lagi. Mereka yang telah menerima Anugerah Khas Darsa Warsa tersebut ialah Ustaz Kasdinata Bin Haji Hashim, Ustazah Hajah Rukaiah Binti Haji Zen dan Encik Adzhar Bin Drahman.

Seterusnya Penghargaan kepada warga kerja JAIS yang telah bersara iaitu Encik David Jutin, Pembantu Tadbir Kewangan.

Sebelum bersurai, satu video telah ditayangkan kepada semua yang telah hadir ke Perhimpunan Khas bagi meraikan JAIS yang sudah tertubuh selama 30 tahun. Semoga JAIS akan terus unggul dan memberikan khidmat yang terbaik untuk masyarakat Islam khusunya di Sarawak Darul Hana.