Font Size AAA

MOHAMAD NAZRIN, ROZIAH JOHAN QARI, QARIAH TILAWAH AL-QURAN MUKAH
Tarikh : 26 Aug 2020
 

MUKAH: Mohamad Nazrin Othman dan Roziah Ayup telah dinobatkan sebagai johan Qari dan Qariah  Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Mukah yang diumumkan di Mukah pada Isnin.

Bagi tilawah lelaki, naib johan disandang Nazaruddin Jaraie dan Fakhrul Nujaid Khalidi di tempat ketiga.

Sementara itu bagi kategori Qariah, Hasipah Barawi meraih tempat kedua dan tempat ketiga disandang Noorulhusna Abdul Kadir.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi.

 

 


Repost : FB Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS