Font Size AAA

HIJRAH SUATU KEPERLUAN YANG BERLAKU SEPANJANG ZAMAN
Tarikh : 20 Aug 2020
 

KUCHING: Hijrah dan pembinaan negara merupakan dua perkara saling berkait rapat antara satu sama lain.

Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata peristiwa Hijrah merupakan peristiwa yang amat memberi makna kepada umat islam yang mana keadaan pada hari ini tidak jauh berbeza dengan keadaan semasa pemerintahan Baginda S.A.W di Madinah.

"Keadaan kita pada hari ini tidak jauh berbeza dengan keadaan semasa pemerintahan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah.

“Masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri kita menuntut kita bersikap adil kepada semua pihak dan menghormati hak semua kaum, katanya semasa berucap dalam Majlis Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1442H/2020M Di Masjid Al Abyad, Matang Jaya, Kuching pada Rabu.

Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari menyeru umat islam di Sarawak untuk menguasai ilmu dan kualiti kendiri kerana ia adalah asas kepada kemajuan negara yang sama diharapkan.

"Dalam masa yang sama saya menyeru supaya umat Islam di Sarawak agar terus diperkasakan. Ini penting kerana kita mahu melahirkan generasi yang Islami dan golongan mudanya yang dapat bergelar Ulul Albab. Dalam kata lain, generasi yang dinamik, berdaya saing, berdaya maju dan penuh nilai-nilai keunggulan."

Sementara itu, dalam majlis sama, Ketua Menteri telah menyerahkan cek bernilai RM 915,000 dari kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Al-Abyad untuk pembangunan masjid.



Repost : FB Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS