Font Size AAA

PROGRAM SEMARAK DAKWAH 2020 NEGERI SARAWAK
Tarikh : 01 Sep 2020
 

KUCHING, 30 Ogos 2020 - Selesai pelaksanaan program Semarak Dakwah 2020 Negeri Sarawak anjuran bersama Yadim Negeri Sarawak bersama - sama dengan rakan NGO Islam Negeri Sarawak yang terdiri daripada Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Kuching, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, ABIM Negeri Sarawak, IKRAM Sarawak,Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), Hidayah Centre Foundation Sarawak, Yayasan Ikhlas Sarawak serta Rakan Siswa YADIM. Program ini juga turut disertai rakan-rakan strategik YADIM dari kalangan agensi Kerajaan iaitu, Islamic Information Centre ( IIC), Sarawak ( agensi di bawah Majlis Islam Sarawak ) serta AADK Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid India Bandar Kuching.

Program ini bermula dengan penyediaan pameran yang disediakan oleh NGO dan agensi yang terlibat. Pada masa yang sama, diadakan latihan Street Dakwah kepada semua sukarelawan NGO Islam yang dipimpin oleh Ybhg. Ustaz Nasarudin daripada Nasarudin Care. Ia kemudiannya diikuti dengan Majlis Solat Maghrib dan Solat Hajat secara berjamaah bertempat di Masjid India Bandar Kuching dan diserikan dengan tazkirah bertajuk "Hijrah : Ke mana hendak ku bawa diri ini?" yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Hatta Bin Omar Ali daripada Pulapol, Kuching.

Majlis perasmian program Semarak Dakwah 2020 Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Ybhg. Ustaz Haji Khalidi Bin Ibrahim, Pengarah, Jabatan Agama Islam Sarawak. Turut menyampaikan ucapan adalah En. Awang Dulhadi Bin Awang Mat, Pengarah Yadim Negeri Sarawak dan juga Pengerusi JK Pengurusan Masjid India Bandar Kuching, En. Mohideen Abdul Kader Pulaver.
Setelah selesai majlis perasmian, Ustaz Haji Khalidi telah dibawa ke tebingan sungai Kuching (Waterfront) untuk turut sama dalam aktiviti street dakwah menyantuni remaja yang di kawasan berkenaan. Beliau kemudiannya dibawa ke Anjung Singgah, Kuching di Jalan Rubber pula untuk berkenal mesra dengan golongan gelandangan yang tinggal sementara di pusat berkenaan. YADIM dan Yayasan Ikhlas telah menyumbangkan barangan berupa keperluan peribadi kepada pusat berkenaan.


Repost : FB YADIM Negeri Sarawak