Font Size AAA

JADIKAN GOTONG-ROYONG SEBAGAI SIFAT SEMULAJADI
Tarikh : 01 Oct 2020
 

LUNDU, 27 September 2020, Ahad : Budaya lama masyarakat seperti bergotong-royong perlu dikembalikan agar ia menjadi sifat semulajadi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri ( Hal Ehwal ISlam dan DBKU ) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia penting untuk terus meningkatkan semangat kerjasama dan saling kenal mengenali antara masyarakat.

" Kita mahu budaya lama masyarakat dikembalikan walaupun zaman sekarang semakin moden dan segala urusan menjadi lebih mudah.

" Seharusnya gotong-royong menjadi budaya semulajadi untuk diwarisi kepada generasi akan datang", katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Gotong-Royong Perdana Bersempena Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR ) Jubli Mutiara JAIS 30 Tahun di Kampung Rambungan hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti ( Bekalan Air ) menjelaskan, selain meningkatkan kerjasama, gotong -royong juga dapat mengukuhkan perpaduan dikalangan masyarakat.

Hadir bersama Pengarah JAIS, Ustaz Khalidi Bin Ibrahim.