Font Size AAA

INDUSTRI HALAL MILIKI PASARAN LUAS
Tarikh : 09 Oct 2020
 

DALAT, 07 Oktober 2020, Rabu : Industri halal dilihat semakin meningkat serta merupakan industri yang amat penting dan  relevan di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti Dan Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu industri halal sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk dipasarkan kerana sudah diiktiraf oleh dunia dan terjamin kualiti dan kebersihannya.

“Dengan penggunaan sijil halal, produk nya dijamin bersih dan halal mengikut piawaian dan hukum yang ditentukan oleh Agama Islam.Dengan sebab itu produk halal lebih senang  menembusi pasaran yang lebih luas bukan sahaja di sini, tapi luar daripada Malaysia. jadi dengan sebab itu memang sangat digalakkan."

Beliau berkata demikian dalam  Majlis Perasmian Program Kursus BeSS MeSTI HALAL di Dewan Stadium Perpaduan Dalat, Mukah, pada Rabu.

Selain itu beliau turut memberitahu, banyak kepentingan dan bantuan yang boleh diperolehi sekiranya mempunyai persijilan halal.

“Dan apabila mengambil lesen halal, Insha Allah mempromosi produk,berjaja produk  pun senang. Dan bila kita  hendak mendapatkan bantuan pun senang sebab mempunyai sijil yang menjamin produk yang berkualiti dan selamat untuk dimakan dan digunakan oleh pengguna.”

Justeru beliau berharap agar peserta kursus tersebut merebut peluang mendaftarkan produk-produk yang diusahakan untuk tujuan Pensijilan BeSS, Pensijilan MeSTI dan Pensijilan HALAL.

Repost dari FB Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS