Font Size AAA

MANFAATKAN PROGRAM BESS MESTI HALAL UNTUK KEPERLUAN PERNIAGAAN
Tarikh : 15 Oct 2020
 
MIRI, 14 Oktober 2020, Rabu : Peserta perlu memanfaat peluang dan ruang yang ada ini untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang sijil halal ini untuk keperluan perniagaan.

Menteri Muda Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, adalah rugi jika tidak menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya.

“Ini merupakan platform terbaik untuk usahawan kita mendapat maklumat dan paling penting panduan dan bantuan pada yang ditawarkan pada hari ini.

“Kalau kita tidak menggunakan peluang ini, rugilah. Gunakan sepenuhnya dengan bertanya sehingga mendapat jawapan seperti apa yang kita mahukan. Sebab, kalau tidak bertanya kita tidak tahu.

“Fahamilah setiap maklumat tentang sijil halal ini bagi memudahkan kita memperolehnya untuk masa depan perniagaan peserta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Program BeSS MeSTI Halal di Kompleks Islam Miri pada hari ini.

Seramai 120 orang usahawan telah menyertai kursus selama dua hari ini anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang bertujuan membantu usahawan khususnya Bumiputera Miri dari pelbagai bidang perniagaan dan berkongsi mengenai maklumat mendapatkan persijilan BeSS, persijilan MeSTI dan persijilan Halal.

REPOST DARI FB UNIT KOMUNIKASI AWAM SARAWAK-UKAS