Font Size AAA

BENGKEL JENAYAH SYARIAH ZON UTARA
Tarikh : 15 Oct 2020
 

15 Oktober 2020, Khamis  – Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS ) telah menganjurkan Bengkel  Jenayah Syariah ( OKJS dan OUUKI 2001 ) bagi Zon Utara bertempat di Hotel Imperial, Miri selama sehari setengah bemula 13 dan 14 Oktober 2020.

Bengkel  Jenayah  Syariah adalah satu perbincangan bagi tujuan memberi pemahaman kepada pegawai penguatkuasa agama di JAIS. Ini kerana, kes-kes jenayah Syariah di Sarawak pada hari ini banyak melibatkan isu-isu dalam bicara yang sebelum ini agak jarang diketengahkan; oleh itu kepentingan untuk memberi faham kepada pegawai penyiasat, anggota operasi di dalam menguruskan pemeriksaan dan pengeledahan di lokasi kes; penahanan orang yang disyaki melalui perlaksanaan waran tangkap yang dimohon di peringkat penyiasatan kes dan lain-lain. Perkara-perkara ini dilihat sangat penting  bagi membentuk satu dasar kes yang kuat untuk proses perbicaraan.

Bengkel ini disertai oleh sebahagian para pegawai pendakwa Syarie dan anggota Bahagian Penguatkuasaan Agama JAIS yang berada di Zon Utara iaitu Pejabat Agama Islam Bahagian Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas. Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan, JAIS iaitu Tuan Mahiden Bin Hj Sah juga telah memberikan amanat serta perkongsian semasa bengkel ini. Para pegawai penyiasat juga telah didedahkan dengan kaedah penyiasatan yang lengkap dan penting untuk mengekstrak fakta-fakta berkaitan kes tersebut dari anggota operasi dan saksi luar yang terlibat di dalam sesuatu kes. Bengkel sebegini dilihat sangat penting untuk dijalankan dari masa ke semasa untuk memantapkan jentera penguatkuasaan dan pendakwaan kes jenayah Syariah di JAIS khususnya.