Tarikh: 11 Mar 2021
Lokasi: Majma Mall, Kuching
Projek Zon Halal ini merupakan sebuah program di bawah Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) 2019 – 2023 berkaitan Halal Smart Partnership Programme.
Bahagian Pengurusan Halal (BPH) di JAIS & Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Kuching bersama Rakan Kongsi Halal yang terlibat iaitu Pengurusan Kompleks Islam Sarawak (KIS), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) serta beberapa lagi agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Hasrat projek ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan terhadap Pensijilan Halal kepada masyarakat awam selain, meningkatkan sumber tarikan pelancongan atas dasar Kawasan Zon Halal secara tidak langsung, dapat meningkatkan sumber ekonomi usahawan yang terlibat.
Zon Halal Majma’ Mall merupakan Projek Zon Halal yang kedua direalisasikan setelah Zon Halal Medan Selera Lundu. Zon Halal Majma’ Mall merupakan zon halal yang pertama di pusat membeli belah di seluruh Malaysia.
Hit: 837