Polisi Jabatan

   

Manual ini disediakan untuk memenuhi matlamat dan objektif Sistem Pengurusan Anti-Bribery, Jabatan Agama Islam Sarawak (ABMS-JAIS) selaras dengan kehendak dan keperluan standard MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System dengan menyediakan panduan untuk mewujudkan, melaksanakan, mengekalkan, mengkaji semula dan memperbaiki ABMS. Sistem ini boleh berdiri sendiri atau boleh diintegrasikan ke dalam keseluruhan sistem pengurusan.

Tujuan manual ini adalah untuk mencegah dan membanteras situasi berikut:

  1. Perlakuan rasuah dalam Jabatan;
  2. Perlakuan rasuah oleh atau daripada kakitangan Jabatan atau mana- mana orang atau syarikat yang bertindak untuk Jabatan atau bagi pihaknya;
  3. Perlakuan rasuah dalam kalangan Pemegang Taruh/ pihak berkepentingan dalam Jabatan dan pihak ketiga;
  4. Perlakuan rasuah dalam kalangan kakitangan yang berkaitan dengan aktiviti  Jabatan; dan
  5. Perlakuan rasuah sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti menerima tawaran rasuah melalui pihak lain.

Manual ini hanya tertakluk kepada isu berkaitan rasuah. Ia memenuhi keperluan yang telah ditetapkan dan menyediakan panduan kepada pengurusan sistem yang telah dirancangkan bagi membantu Jabatan untuk mencegah, mengesan dan memberi respon kepada perlakuan rasuah dan juga sebagai panduan pematuhan undang-undang anti- rasuah serta komitmen secara sukarela.

 DUA (2) skop pelaksanaan ABMS-JAIS yang telah dikenalpasti iaitu:

  1. Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber, Ibu Pejabat; dan
  2. Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia, Bahagian Pengurusan Halal, Ibu Pejabat.


Useful Links