MBJ - PENGENALAN

Apa Itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan ( MBJ ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea - idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Sejarah Penubuhan

Penubuhan MBJ ini adalah selari dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1992.

Bidang Dan Fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan syarat - syarat perkhidmatan dan perjalanan organisasi yang ada hubungkait dengan pentadbiran dan lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan.

Juga bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja.

MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Useful Links