MBJ - PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN UNTUK MAJLIS BERSAMA JABATAN

BAGI JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK

DAN PEJABAT YANG BERNAUNG DI BAWAHNYA.

............................................................................................................……….....


KEAHLIAN

1. Majlis Bersama Jabatan Bagi Jabatan Agama Islam Sarawak dan pejabat-pejabat yang bernaung di bawahnya (Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Negeri Sarawak) (selepas ini disebut sebagai “Majlis”) hendaklah mengandungi 23 ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha -Setiausaha yang terdiri daripada 9 ahli yang dilantik oleh Pengarah, Jabatan Agama Islam Sarawak (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pegawai”) dan 14 ahli yang terpilih oleh kesatuan pekerja dan persatuan -persatuan kakitangan yang mewakili pekerja-pekerja di Jabatan Agama Islam Sarawak dan pejabat-pejabat yang bernaung di bawahnya (Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Sarawak) atau pekerja -pekerja itu sendiri (selepas ini disebut sebagai “pihak pekerja”).


PIHAK PEGAWAI

  1. Ahli -ahli bagi pihak pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam Sarawak dan pejabat-pejabat yang bernaung di bawahnya (Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Negeri Sarawak) seperti berikut:

(a) Pengarah Jabatan Agama Islam - Pengerusi

(b) Penolong Mufti Negeri Sarawak- Ahli

(c) Penolong Setiausaha, Majlis Islam Sarawak- Ahli

(d) Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber) - Ahli

(e) Pegawai Pengurusan Sumber Manusia- Setiausaha

(f) Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CIO)- Ahli

(g) Pegawai Pembangunan Sumber Manusia- Ahli

(f) Penolong Akauntan (Unit Pengurusan Kewangan)- Ahli

(g) Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran Pejabat) - Ahli

Mereka ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing.

 

PIHAK PEKERJA

3. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja Jabatan Agama Islam Sarawak, Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Negeri Sarawak, tidak terilbat dalam membuat keputusan, bukan Ketua Bahagian/Ketua Unit dan dipilih oleh pekerja- pekerja yang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Sarawak, Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Negeri Sarawak. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan- peraturan yang akan disediakan oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja di Jabatan Agama Islam Sarawak, Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Negeri Sarawak dan diluluskan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Ahli-ahli Pihak Pekerja adalah seperti berikut:

(a) seorang wakil skim Pegawai Hal Ehwal Islam

(b) seorang wakil skim Setiausaha Pejabat

(c) empat (4) orang wakil skim Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

(d) tiga (3) orang wakil skim Pembantu Hal Ehwal Islam

(e) tiga (3) orang wakil skim Pembantu Tadbir (Kewangan)

(f) seorang wakil skim Pembantu Tadbir

(g) seorang wakil skim Pemandu Kenderaan


4. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan/Persatuan yang melantik wakil mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri.

5.  Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh 2 tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.

PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

6. Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.


TUJUAN

7. Tujuan Majlis adalah untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara pihak pegawai dengan pihak pekerja Jabatan Agama Islam Sarawak dan pejabat-pejabat yang bernaung di bawahnya (Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Negeri Sarawak) dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenan ;untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Jabatan Agama Islam Sarawak dan pejabat-pejabat yang bernaung di bawahnya (Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Negeri Sarawak).

BIDANG DAN KUASA

8. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut:

(i) membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;

(ii) membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

(iii) mengelakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan

(iv) mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.

MESYUARAT-MESYUARAT

  1. Mesyuarat -mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan tiga (3) bulan sekali iaitu empat (4) kali setahun.
  2. Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% (5) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% (7) orang ahli Pihak Pekerja.
  3. Agenda bagi mesyuarat - mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh setiausaha Bersama dan dihantar oleh setiausaha - setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.
  4. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara- perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.
  5. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.

KEPUTUSAN

14. Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.

15. Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan-Jabatan lain dan tidak pula bertelingkahan dengan dasar kerajaan bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan pejabat-pejabat yang bernaung di bawahnya. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar kerajaan atau dengan Jabatan-Jabatan lain ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun kepada Jabatan-Jabatan yang berkenaaan. 

PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

16. Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pegawai dan 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli- ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diluluskan.

17. Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan Majlis. Segala keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam perenggan 13 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992.

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

18. Majlis boleh melantik Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli atau pegawai awam lain yang mempunyai kelayakan atau pengalaman atau kedua-duanya, untuk membantu Jawatankuasa menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.

 

Useful Links