Font Size AAA

Berdasarkan perkembangan semasa, Majlis Islam Sarawak menetapkan untuk membenarkan Solat Jumaat, solat lima waktu berjemaah dan Solat di masjid/ surau mulai 24 Jun 2020 bersamaan 02 Zulkaedah 1441H dengan syarat-syarat berikut :-

  a) Bilangan jemaah yang dibenarkan hadir untuk solat adalah seramai satu pertiga (1/3)  daripada had kapasiti ruang keluasan masjid atau surau (termasuk kawasan yang lazim digunakan untuk solat) dengan mematuhi penjarakan sosial (1 meter).
  b) Mematuhi Garis Panduan Pengimarahan Masjid/ Surau Semasa Dan Selepas Tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Di Seluruh Negeri Sarawak (Pindaan 22 JUN 2020) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.

          
(USTAZ HAJI KHALIDI BIN HAJI IBRAHIM)
Setiausaha
Majlis Islam Sarawak
23 Jun 2020 bersamaan 01 Zulkaedah 1441H

Muat Turun versi pdf :

1 KENYATAAN RASMI MENGENAI PINDAAN GARIS PANDUAN PENGIMARAHAN MASJID/ SURAU
SEMASA DAN SELEPAS TAMAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI SELURUH NEGERI SARAWAK
2 GARIS PANDUAN PENGIMARAHAN MASJID/ SURAU
SEMASA DAN SELEPAS TAMAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI SELURUH NEGERI SARAWAK (PINDAAN 22 JUN 2020)
3 BORANG PENGISYTIHARAN JUMLAH JEMAAH