Font Size AAA

Dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, maka majlis akad nikah dalam negeri Sarawak diadakan seperti ketetapan berikut :

1. Garis panduan pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini masih KEKAL.

2. Penambahan pilihan tempat untuk mengadakan majlis akad nikah di hotel dan dewan awam atau dewan masyarakat adalah DIBENARKAN.

3. Mematuhi semua SOP kawalan wabak penyakit oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Muat turun versi pdf : PEKELILING MAJLIS AKAD NIKAH TERKINI 08 SEPTEMBER 2020