SOLAT TARAWIH, AKTIVITI KEAGAMAAN DIBENARKAN SEPANJANG RAMADAN – ISMAIL SABRI | ||
Tarikh : 16 Mar 2021 Sumber Berita: Al Hijrah News Online |
||
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran solat tarawih secara berjemaah dan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan jumlah jemaah akan diputuskan di peringkat negeri. “Seperti kita ketahui, solat dan aktiviti agama adalah di bawah bidang kuasa pihak negeri. “Tadarus, ceramah agama dan sebagainya, jumlah kehadiran akan ditentukan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media hari ini. Selain aktiviti keagamaan, Ismail Sabri berkata MKN turut membenarkan penganjuran bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri sepanjang bulan puasa.
|