Berita

Jakim tawar khidmat nasihat percuma sepanjang PKP
Tarikh : 03 Jun 2021  Sumber Berita: Malaysia Gazzette
 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menawarkan khidmat nasihat kekeluargaan, kerohanian dan kemasyarakatan secara percuma menerusi talian MyCareCov-19 kepada mereka yang berdepan masalah itu.

Jakim dalam satu kenyataan di Facebook berkata, perkhidmatan yang disediakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 sehingga 14 Jun ini menawarkan Kaunseling Syarie, Terapi Psikospiritual Islam dan ‘Ilaj Syarie (rawatan Islam).

Katanya, khidmat nasihat itu juga membabitkan masalah nikah, cerai dan rujuk serta remaja.

“Perkhidmatan bertemakan ‘tangan dihulur, bantuan disalur’ ditawarkan Jakim melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), iaitu KSKCare Centre.

“Tuan atau puan yang memerlukan perkhidmatan ini boleh menghubungi kami menerusi talian, 017-6609760, whatsapp di nombor 0111-9598214, emel ke mycarecov19@islam.gov.my atau mengimbas kod QR di poster berhubung tawaran ini yang dimuatnaik di Facebook JAKIM,” demikian menurut kenyataan itu.

Tambahnya, waktu perkhidmatan tersebut bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin sehingga Jumaat.

Sumber berita :

https://malaysiagazette.com/2021/06/02/jakim-tawar-khidmat-nasihat-percuma-sepanjang-pkp/

Useful Links