Kursus Pra Perkahwinan Islam Bahagian Kuching Jun 2024
Posted on 28 May 2024
Terma & Syarat:
Pendaftaran dan pembayaran adalah secara atas talian /online sepenuhnya (kiswa.sarawak.gov.my) dan akan dibuka pada 28/05/2024 (Selasa) bermula dari jam 9.00 pagi.
Peserta dikehendaki membuat pembayaran selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kursus.
YURAN PENYERTAAN: RM80 SEORANG
TARIKH AKHIR PEMBAYARAN: 20/06/2024 (Khamis)
Pembayaran hendaklah dibuat HANYA menerusi sistem KISWA secara atas talian (online) SAHAJA.
Mohon pembayaran dibuat SEGERA setelah pendaftaran dibuat.
Nama peserta akan digugurkan sekiranya pembayaran tidak dibuat pada masa yang telah ditetapkan.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.