News

 

Seminar Pemantapan Akidah Peringkat Mukim Sarikei

Posted on 24 Jan 2024
Source of News: Bahagian Perancangan & Penyelidikan
Pada 17 Januari 2024 (Rabu), Bahagian Perancangan & Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei telah mengadakan Seminar Pemantapan Akidah peringkat Mukim Sarikei di Bahagian Sarikei bagi Tahun 2024 bertempat di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Baru Seberang, Sarikei yang telah disertai oleh Urus Setia Saudara Kita, Guru KAFA, Klien Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kariah Masjid di sekitar Mukim.



Program seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta  dan ia merupakan julung kalinya dilaksanakan di Sarikei menjadikan seminar ini sebagai aktiviti pembukaan bagi tahun 2024.



Antara objektif penganjuran seminar ini adalah seperti berikut :

(1)  Memantapkan Akidah Masyarakat Awam
(2)  Membicarakan Isu Akidah Semasa
(3) Menerangkan Ilmu Akidah kepada Masyarakat Awam



Seminar ini telah dirasmikan oleh Ustaz Syed Harold Salleh bin Wan Mohamad yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Sarikei. Harapan agar seminar ini dapat menerangkan kepada masyarakat tentang pentingnya mengetahui mengenai pegangan dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan ajaran² menyeleweng yang ada dalam masyarakat kita pada masa kini.

 
 
 


Undian
Pengumuman