picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Bagaimana cara pendaftaran bagi menyertai Kursus Pra Perkahwinan?

Pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan boleh dibuat melalui atas talian http://e-munakahat.sarawak.gov.my.

2. Adakah permohonan pensijilan halal wajib?

Permohonan pensijilan halal di Malaysia adalah sukarela dan tidak diwajibkan.

3. Bagaimanakah untuk memohon Pensijilan Halal Malaysia?

Permohonan untuk Pensijilan Halal Malaysia boleh dibuat melalui atas talian di http://apps.halal.gov.my/myehalal

4. Siapakah Badan Pengeluar Sijil Halal yang diiktiraf?
  1. Untuk Malaysia, badan Pengeluar Sijil Halal yang diiktiraf adalah JAKIM dan  Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Negeri (JAIN)
  2. Untuk Luar Negara, terdapat beberapa badan Pensijilan Halal dari Negara masing - masing yang diiktiraf oleh JAKIM dan maklumat badan serta logo tersebut boleh dicapai dan dimuat turun melalui portal halal di www.halal.gov.my atau dari laman web ini.
5. Bagaimana memohon untuk menjadi Guru Takmir?

Pengambilan menjadi Guru Takmir akan dibuka setiap 3 tahun kerana tempoh sah lantikan sebagai Guru Takmir adalah selama 3 tahun. Iklan pengambilan akan dihebahkan dan borang permohonan boleh diperolehi dari mana - mana Pejabat Agama Islam Bahagian yang berdekatan di bahagian masing - masing.

6. Apakah panduan permohonan Pembinaan Masjid / Surau dan dokumen sokongan yang diperlukan?

Permohonan untuk Pembinaan Masjid / Surau baru boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Hal-Ehwal Masjid / Surau yang boleh diperolehi dari mana - mana Pejabat Agama Islam Bahagian yang berdekatan dan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Surat Permohonan untuk Pembinaan Masjid / Surau
  2. Minit Mesyuarat
  3. Pelan Masjid / Surau
  4. Surat Pengesahan Tapak Tanah
7. Apakah kesan atau tindakan yang dikenakan terhadap pesalah gagal hadir ke Mahkamah Syariah?

Waran tangkap akan dikenakan terhadap pesalah apabila pesalah enggan/sengaja tidak hadir/gagal hadir pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Mahkamah tanpa alasan yang munasabah.

8. Apakah prosiding/proses seterusnya selepas pesalah mengaku salah?

Setelah pesalah membuat pengakuan bersalah di dalam Mahkamah Syariah, pesalah akan dijatuhkan hukuman oleh hakim berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan.

9. Bagaimanakah proses berkahwin di Negeri Sarawak?
  1. Proses berkahwin di Negeri Sarawak bermula dengan proses permohonan  kebenaran berkahwin. Bagi tujuan tersebut, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online melalui portal https://kiswa.sarawak.gov.my
  2. Setelah melengkapkan borang permohonan tersebut, pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ke Pejabat Agama Islam Bahagian tempat pemohon tinggal.
  3. Bayaran permohonan kebenaran berkahwin sebanyak RM10.00 dikenakan kepada pemohon.
  4. Setelah diproses, surat kebenaran berkahwin akan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari.
  5. Pemohon hendaklah menyerahkan borang tersebut kepada penolong pendaftar (Jurunikah) tempat pemohon tinggal.
  6. Bayaran sebanyak RM15.00 dikenakan bagi Sijil Perkahwinan.

 

10. Apakah aplikasi e-hidayah?

Aplikasi e-hidayah adalah portal Maklumat Pengislaman dan Pendaftaran Pengislaman secara atas talian di Sarawak.

11. Bagaimanakah cara memeluk islam?

Pemohon yang mahu memeluk islam hendaklah datang ke mana - mana Pejabat Agama Islam Bahagian yang berdekatan dan membawa :

  1. Seorang saksi yang beragama Islam dan warganegara Malaysia ( Saksi hendaklah orang yang bertanggungjawab membawa pemohon untuk memeluk islam iaitu samaada bakal suami/isteri atau keluarga bakal suami / isteri atau kenalan atau saudara)
  2. Keluarga yang bukan islam digalakkan untuk hadir bersama semasa proses Pengislaman.
  3. 1 Keping gambar berukuran passport bagi pemohon.
  4. Dokumen Pengenalan Diri Asal  Pemohon ( Kad Pengenalan/ Paspot/ Sijil Lahir/ Resit Sementara JPN)
  5. Surat Keizinan Ibu/ Bapa/ Penjaga (Jika Pemohon Berumur Di Bawah 18 Tahun) (jika Berkenaan)
  6. Surat Kebenaran Anggota Tentera (Jika Berkenaan)
  7. Kad Pengenalan Setiap Saksi Pengislaman (jika Berkenaan)
  8. Bagi pemohon yang berstatus Duda/Janda perlu mengemukakan Sijil Cerai
  9. Bagi pemohon yang berstatus Berkahwin, perlu menyelesaikan dahulu Perceraian sebelum memeluk islam.


picture Undian
picture Pengumuman