picture

 

Lagu Rasmi


Kita sungguh bertuah
di Jabatan Agama diamanah
Berkhidmat kepada Ummah
Mencari keredhaan Allah

Kita menjunjung amanah
Membentuk Khairul Ummah
Contohi semangat Rasul Sahabah
Kukuh barisan yang tabah

Kini zaman sudah berubah
Namun Islam unggul dan indah
Kita penyambung tugas mulia
Jadi harapan umat berjaya

Kita tegak kita hadapi
Apa jua halangan menanti
Menyusur arus budaya IT
Mendapat berkat dari Ilahi

Inilah ikrar janji kita
Kepada agama dan bangsa
Kukuhkan kekuatan berbakti
Berjaya diberkati

Tulus dan ikhlas berkhidmat
Untuk mendapat rahmat
Aman bahgia maju dan jaya
Kitalah umat mulia.


Lirik : Haji Mohd. Atei Medaan

   

 

 

 
picture Undian
picture Pengumuman