picture

 

Fungsi Teras




Tadbir Urus
  • Memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan dengan efisien;
  • Mengesyorkan penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar / arahan / sistem dan prosedur dalam Jabatan; dan
  • Mengurus setiakan mesyuarat JAR Jabatan dan mengambil tindakan susulan ke atas keputusan Mesyuarat JAR Kebangsaan.
  
Pengukuhan Integriti
  • Memastikan pelaksanaan integriti dalam Jabatan sentiasa berterusan  melalui pemantapan nilai-nilai murni dan etika;
  • Menyalurkan informasi serta isu-isu integriti sebagai langkah peringatan dan pencegahan awal; dan
  • Melaksanakan advokasi pencegahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan kepada warga Jabatan.

Pengurusan Aduan
  • Menerima, memproses maklumat dan aduan salah laku tatatertib dan jenayah kakitangan Jabatan mengikut garis panduan yang ditetapkan;
  • Memastikan maklumat dan aduan dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) untuk diberikan  Syor tindakan lanjut; dan
  • Menganalisis data, trend dan kategori  aduan untuk cadangan penambahbaikan dan penginstitusian di Jabatan.

Pematuhan
  •  Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran dan kewangan yang berkuatkuasa;
  •  Memastikan kod etika dan kod budaya kerja jabatan dipatuhi; dan
  •  Menyelia isu ketidakpatuhan untuk tindakan susulan
 
Pengesanan dan Pengesahan
  • Menyelaras tugas-tugas pengesanan dan pengesahan pelanggaran integriti, tatakelakuan dan etika Jabatan;
  • Mengurus setia mesyuarat Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM);
  • Melaporkan aduan atau kes bersifat jenayah ataupun rasuah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; 
  
 Tatatertib
  •  Menyelaras dan memastikan kes-kes  salah laku dan tatatertib semasa dan tertunggak Jabatan diselesaikan segera; dan
  •  Mengurus setia dan mencadangkan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib Jabatan.
 
 
picture Undian
picture Pengumuman