PIAGAM PELANGGAN

 

PIAGAM PELANGGAN


Jabatan Agama Islam Sarawak beriltizam dalam menyedia dan menyampaikan perkhidmatan seperti berikut:-

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (KOKO)

1. Maklum balas awal aduan awam disalurkan dalam SATU (1) HARI BEKERJA.

BAHAGIAN PERANCANGAN & PENYELIDIKAN

2. Perakuan penapisan bahan penerbitan berunsur Islam (yang tidak bermasalah) diserahkan kepada pemohon berasaskan perkiraan 100 mukasurat dalam tempoh SEBULAN.

BAHAGIAN DAKWAH

3. Sijil Tauliah Mengajar/ Berceramah Agama Islam dikeluarkan dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA.

4. Surat Kebenaran Mengajar Agama Islam  Warganegara Asing dikeluarkan dalam TEMPOH TUJUH (7) HARI BEKERJA. setelah diperakui oleh JPPGAIWA dan menerima salinan maklumat kelulusan Pas Lawatan Ikhtisas dari Jabatan Imigresen Negeri Sarawak.

BAHAGIAN KEMAJUAN INSTITUSI MASJID

5. Sijil-Sijil berkaitan hal ehwal masjid/surau dikeluarkan DALAM TEMPOH EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Masjid Surau Negeri Sarawak.

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

6. Keputusan permohonan pensijilan halal dalam tempoh ENAM PULUH (60) HARI BEKERJA selepas bayaran fi dan tanpa NCR.

BAHAGIAN PENGUKUHAN PENDIDIKAN ISLAM

7. Urusan pembayaran Elaun Guru KAFA yang lengkap diselesaikan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.

BAHAGIAN KEMAJUAN KELUARGA ISLAM

8. Surat Perakuan Nikah, Surat Perakuan Cerai, Surat Perakuan Ruju’, Daftar Perkhawinan Luar Negeri/ Terdahulu) dan Sijil Kursus Pra Perkahwinan diedarkan dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA selepas menerima permohonan.

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN SYARIAH

9. Fail kes lengkap didaftarkan ke Bahagian Pendakwaan Syariah dalam tempoh TUJUH (7) HARI BERKERJA.

 BAHAGIAN PENDAKWAAN SYARIAH

10. Fail Kes yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasaan Syariah didaftarkan dalam tempoh SATU (1) HARI BEKERJA.

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER

11. Baucer bayaran yang lengkap dihantar ke Jabatan Perbendaharaan bahagian dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA dari tarikh terima bil/ tuntutan.

 
Undian
Pengumuman