POLISI INTEGRITI
JAIS bertekad dengan mensasarkan “Tidak Berkrompomi Terhadap Rasuah” dalam menyampaikan perkhidmatan yang efisien, cekap dan berterusan dengan membudayakan warga kerja yang berakhlak mulia, berintegriti dan bebas rasuah. |
|||
JAIS bertekad agar semua warga kerjanya berhemah tinggi dan membudayakan integriti di tempat kerja, telus, mempunyai kebertanggungjawaban serta berpegang pada ENAM (6) nilai bersama Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) dan Kod Etika Jabatan (IKHLAS) dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. |
|||
Pekeliling ini disediakan sebagai satu usaha untuk memelihara serta meningkatkan tahap integriti, ketelusan dan profesionalisme dalam Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) khususnya yang berkaitan dengan pengurusan penerimaan hadiah. Ianya juga bertujuan untuk merincikan lagi Perintah Am 156, Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 supaya lebih jelas, mudah difahami dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua penjawat awam. |
|||