LATAR BELAKANG UNIT INTEGRITI

 

LATAR BELAKANG UNIT INTEGRITI





Unit Integriti Jabatan Agama Islam Sarawak ditubuhkan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk mewujudkan Unit Integriti sebagai ‘focal point’ kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam seperti yang dikuatkuasakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) [Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam] bertarikh 1 Ogos 2013
.
Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi sebuah negeri berintegriti tinggi, YAB Ketua Menteri Sarawak dalam ucapannya semasa SCS-Excellence Night pada 2 Disember 2018 dan Majlis Amanat Perdana Integriti (MAPI2019) pada 11 Februari 2019 telah menegaskan supaya Unit Integriti ditubuhkan di Kementerian dan Jabatan Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah menerimapakai dan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Agensi Awam Negeri Sarawak menerusi Pekeliling Integriti Negeri Sarawak, Bil.2/2019 bertarikh 15 Mei 2019. Rentetan daripada itu, berdasarkan keputusan:

i) Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Bil.3/2019 pada 25 Ogos 2019, mengenai pemilihan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dan makluman mengenai waran perjawatan Unit Integriti Jabatan; dan

ii) Mesyuarat Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT) Bil 3/2020, mengenai Penubuhan Unit Integriti, maka pada 3 Ogos 2020, unit ini dengan rasminya ditubuhkan dan mula beroperasi dengan nama ‘Unit Integriti, Jabatan Agama Islam Sarawak.



 

 
 
Undian
Pengumuman