picture

DOKUMEN INTEGRITI

 

DOKUMEN INTEGRITI


   

Manual ini disediakan untuk memenuhi matlamat dan objektif Sistem Pengurusan Anti-Bribery, Jabatan Agama Islam Sarawak (ABMS-JAIS) selaras dengan kehendak dan keperluan standard MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System dengan menyediakan panduan untuk mewujudkan, melaksanakan, mengekalkan, mengkaji semula dan memperbaiki ABMS. Sistem ini boleh berdiri sendiri atau boleh diintegrasikan ke dalam keseluruhan sistem pengurusan.

Tujuan manual ini adalah untuk mencegah dan membanteras situasi berikut:

  1. Perlakuan rasuah dalam Jabatan;
  2. Perlakuan rasuah oleh atau daripada kakitangan Jabatan atau mana- mana orang atau syarikat yang bertindak untuk Jabatan atau bagi pihaknya;
  3. Perlakuan rasuah dalam kalangan Pemegang Taruh/ pihak berkepentingan dalam Jabatan dan pihak ketiga;
  4. Perlakuan rasuah dalam kalangan kakitangan yang berkaitan dengan aktiviti  Jabatan; dan
  5. Perlakuan rasuah sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti menerima tawaran rasuah melalui pihak lain.

Manual ini hanya tertakluk kepada isu berkaitan rasuah. Ia memenuhi keperluan yang telah ditetapkan dan menyediakan panduan kepada pengurusan sistem yang telah dirancangkan bagi membantu Jabatan untuk mencegah, mengesan dan memberi respon kepada perlakuan rasuah dan juga sebagai panduan pematuhan undang-undang anti- rasuah serta komitmen secara sukarela.

DUA (2) skop pelaksanaan ABMS-JAIS yang telah dikenalpasti iaitu:

  1. Pengurusan Perolehan Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber, Ibu Pejabat, Pejabat Agama Islam Bahagian dan
  2. Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia, Bahagian Pengurusan Halal, Ibu Pejabat dan Pejabat Agama Islam Bahagian.
       
    OACP-JAIS telah dibangunkan seiring dengan komitmen kerajaan dalam Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi mencapai aspirasi untuk mewujudkan Negara bebas rasuah. Ia merupakan dokumen dasar di peringkat organisasi yang diaspirasikan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi.


Sila klik pautan ini untuk Pelan Antirasuah Organisasi Jabatan Agama Islam Sarawak 2021-2025

 
       
    Pelan Pengurusan Risiko Rasuah atau Corruption Risk Management Plan (CRM) merupakan satu langkah terancang ke arah memperkukuhkan tadbir urus yang baik bagi menutup ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam organisasi menerusi penyediaan pelan pengurusan risiko yang sistematik.

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah membangunkan Pelan CRM yang melibatkan pelaksanaan strategi dan pendekatan di Ibu Pejabat dan Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) dengan menggariskan cadangan tindakan-tindakanberserta sasaran yang ditetapkan di bawah pelan tindakan CRM tersebut.
       
 
picture Undian
picture Pengumuman