Perutusan Pengarah

 

Perutusan Pengarah


Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah rahmat dan kurnia-Nya yang mengizinkan kita melangkah dari satu tahun ke tahun berikutnya. Semoga permulaan tahun ini disertai tekad baharu, semangat yang lebih segar dan azam yang lebih kukuh untuk bersama-sama meningkatkan prestasi perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran negara yang tercinta.

JAIS sentiasa proaktif mengorak langkah dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk membudayakan penggunaan ICT di negara ini. Jabatan sentiasa memberi keutamaan terhadap pengukuhan teknologi maklumat sebagai cabang ilmu dan sumber inovasi bagi menjana kemajuan warga jabatan. Penyediaan laman web ini adalah antara usaha untuk mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Melalui laman web ini, saya berharap agar warga JAIS dan para pengunjung dapat memperoleh informasi terkini mengenai aktiviti serta perkembangan JAIS. Selain menyediakan maklumat rasmi, laman ini juga diharapkan menjadi rujukan bermanfaat bagi umat Islam dalam urusan kehidupan seharian.

Saya amat mengalu-alukan kunjungan ke laman web Jabatan Agama Islam Sarawak dan berharap ia bukan sahaja menarik perhatian, malah memberikan manfaat yang dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan. Sebarang cadangan, pandangan, pertanyaan dan maklumat daripada para pengunjung amat dialu-alukan.

Selamat melayari laman web JAIS.

HAJI MUAL BIN HAJI SUAUD
Pengarah
Jabatan Agama Islam Sarawak
 
image Undian
image Pengumuman