News

 

40 Orang Jurunikah dan Ketua Masyarakat hadir ke Program Multaqa Jurunikah Bahagian Limbang Daerah Lawas

Posted on 25 Aug 2023
Source of News: Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, JAIS
Unit Nikah Cerai dan Ruju', Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, JAIS telah mengadakan Program Multaqa Jurunikah Bahagian Limbang Daerah Lawas pada 23 Ogos 2023 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Lawas. Program dihadiri empat puluh (40) orang jurunikah dan Ketua Masyarakat Daerah Lawas. 

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah memberi pendedahan dan pengetahuan di samping memperkukuhkan ilmu Fiqh Munakahat serta pengurusan dan prosedur Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’  kepada peserta. Seterusnya, Memantapkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam melaksanakan akad nikah serta meningkatkan kefahaman mengenai pentadbiran Undang-Undang Keluarga  Islam dan pendedahan kepada permasalahan dan isu berkaitan.



image Undian
image Pengumuman