News

 

Program "Syurga Idamanku"

Posted on 12 Oct 2023
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu


Program "Syurga Idamanku" anjuran Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, Ibu Pejabat dan Unit Nikah, Cerai dan Ruju' Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu kali ini diadakan pada Khamis, 12 Oktober 2023 bertempat di Dewan Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu. 



Kursus ini dihadiri seramai 100 orang yang mewakili agensi-agensi kerajaan, dan swasta, jawatankuasa masjid/surau, NGO, persatuan2 dan orang awam di Bahagian Bintulu. 


Objektif program ini diadakan bertujuan memberi penerangan berkaitan pengurusan rumah tangga kepada pasangan suami isteri serta merungkai isu permasalahan ibadah, pendidikan anak-anak dan kekeluargaan islam dengan lebih jelas. Selain itu juga program ini bertujuan menerapkan unsur akhlak islamiah di dalam rumah tangga.


image Undian
image Pengumuman