picture

News

 

Program Ziarah Saudara Kita, Jepak, Bintulu

Posted on 30 Oct 2023
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu


Program Ziarah Saudara Kita, Jepak, Bintulu yang melibatkan seramai 50 orang saudara kita yang telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak diadakan pada Isnin, 30 Oktober 2023 bertempat di Darul Makmur, Kampung Jepak. Program ini dianjurkan oleh Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Bintulu dan JKP Masjid Darul Makmur Kpg Jepak, Bintulu.



Atur cara majlis dimulai dengan bacaan doa seterusnya sesi ramah mesra YB bersama komuniti saudara kita. 


Disamping itu, saudara kita yang hadir turut menerima sumbangan kotak makanan daripada pihak Tabung Baitulmal. Kotak makanan tersebut merupakan makanan harian seperti beras, gula, teh, kopi dan roti. Kerjasama yang padu daripada pihak pengurusan masjid dan Tabung Baitulmal melancarkan lagi perjalanan program ini.


picture Undian
picture Pengumuman