picture

News

 

Kursus Sembelihan Halal Bahagian Bintulu

Posted on 05 Nov 2023
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu


Kursus Sembelihan Halal Bahagian Bintulu anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) dan Surau Darus Syakirin, Bintulu telah diadakan pada Ahad, 5 November 2023 bertempat di Surau Darus Syakirin, Bintulu. Seramai 30 orang yang terdiri daripada Agensi Kerajaan, Tukang Penyembelih Kilang/ Ladang Ternakan dan orang awam yang menghadiri ke kursus tersebut. 



Objektif kursus adalah memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep halal dan haram dari sudut Islam. Ia juga bertujuan untuk memantapkan kefahaman kepada peserta mengenai penyembelihan menurut konsep halalan toyyiban. Seterusnya dapat memberi pendedahan secara teori dan amali kepada peserta mengenai kaedah penyembelihan binatang menurut Islam dan memberi pendedahan tentang undang-undang atau peraturan- peraturan berkaitan dengan penyembelihan halal.



picture Undian
picture Pengumuman