picture

News

 

Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Bahagian Bintulu Tahun 2023

Posted on 09 Nov 2023
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu


Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Bahagian Bintulu Tahun 2023 ajuran Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu telah diadakan pada Khamis, 9 November 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu.



Seramai empat puluh (40) orang yang hadir ke kursus tersebut yang terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di Bahagian Bintulu bagi memberi penerangan dan pendedahan berkaitan Fungsi Majlis Islam Sarawak, Peranan dan Tanggungjawab JKP, Pengurusan Kewangan, Tauliah dan Pengimarahan.



Semua Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau yang hadir melaksanakan lafaz ikrar integriti dan menandatangani borang lafaz ikrar integriti dihadapan pegawai dan urusetia kursus. Dengan adanya kursus induksi seperti ini diharapkan agar JKP Masjid dan Surau dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan.


picture Undian
picture Pengumuman