News

 

Program Perundangan Islam Asas Kesejahteraan Ummah

Posted on 09 Nov 2023
Source of News: Bahagian Pendakwaan Syariah, Kuching


Program "Perundangan Islam Asas Kesejahteraan Ummah" Bahagian Pendakwaan Syariah Jabatan Agama Islam Sarawak, Tahun 2023 [Di Bawah Pelan Pelaksanaan Tindakan Majlis Islam Sarawak Di Bawah Strategi] Tahun 2023 telah diadakan pada Khamis, 9 November 2023 bertempat di Masjid Solahuddin Al-Ayubi, Kem Penrissen, Kuching. Ceramah tersebut disampaikan oleh Yang Arif Tuan Mahiden bin Haji Sah, Hakim Mahkamah Tinggi Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Puan Anisah binti Amit, Pegawai Syariah Kanan, Bahagian Pendakwaan Syariah, JAIS dengan dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam Bahagian Kuching (Pegawai Tentera Kem Penrissen).





Program ini dilaksanakan bertujuan memperkasakan perundangan syariah agar aspek kehakiman, pendakwaan dan penguatkuasaaan syariah diyakini oleh masyarakat. Selain itu, Pemerkasaan Perundangan Syariah di Negeri Sarawak perlu direalisasikan dengan pelbagai inisiatif menerusi pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang secara berterusan.
 


Bengkel Memperkasakan Pendakwaan Syariah dilaksanakan bagi merealisasikan Perjabatanan Pendakwaan Syariah di Negeri Sarawak. Doktrin pengasingan kuasa terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman yang mana Jabatan Agama Islam Sarawak di bawah kuasa-kuasa Eksekutif sedangkan Pendakwaan Syariah sepatutnya berada di bawah kuasa-kuasa Kehakiman. Oleh itu, menaiktaraf institusi pendakwaan syariah perlu dilaksanakan agar fungsinya dapat direalisasikan.


 
Program peningkatan kefahaman masyarakat terhadap perundangan syariah perlu dipertingkatkan agar kesedaran terhadap undang-undang Islam dapat disebarluaskan sebagai program berterusan jangka panjang. Tambahan pula, kredibiliti     pegawai syariah perlu berada di tahap yang mampu menepis ruang dan peluang kelemahan semasa mengendalikan tugas. Transformasi dan inovasi yang berimpak tinggi secara berterusan akan memberikan keyakinan kepada masyarakat seterusnya mengiktiraf institusi perundangan syariah


Undian
Pengumuman