News

 

Program Ziarah Saudara Kita, Daerah Tatau, Bintulu

Posted on 14 Nov 2023
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu


Program Ziarah Saudara Kita anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu dengan kerjasama USK Daerah Tatau telah diadakan pada Selasa, 14 November 2023 bertempat di Daerah Tatau, Bintulu. Ziarah ini melibatkan 10 orang penerima dalam kalangan Saudara Kita di sekitar Daerah Tatau. 



Penerima menerima barangan makanan asas seperti beras, susu, gula dan roti. 



Ziarah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima-penerima tersebut disamping mengeratkan hubungan serta berkenal-kenalan dengan pihak agensi agama khususnya Jabatan Agama Islam Sarawak dan NGO sekitar Bahagian Bintulu. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan terutama pihak urusetia yang menjayakan program tersebut.



Undian
Pengumuman