picture

News

 

Sentuhan Hati Luahan Rasa (SUARASA)

Posted on 16 Nov 2023
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu


Program Sentuhan Hati Luahan Rasa (SUARASA) telah dilaksanakan pada Khamis, 16 November 2023 bertempat di Masjid Darussalam, Kampung Baru Bintulu. Seramai 23 orang peserta di kalangan ahli masjid dan komuniti Kampung Baru Bintulu telah menghadirkan diri ke program tersebut.



Program di bawah Unit Pembangunan Psikologi dan Kaunseling Syarie / Khidmat Nasihat dan Runding Cara Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu ini adalah inisiatif untuk bersemuka dengan masyarakat dan berkongsi dengan para peserta mengenai pasca perkahwinan dan cara mengekalkan keharmonian antara suami dan isteri.





Sesi khidmat nasihat dan runding cara secara kelompok turut dijalakan bagi mendengar dan membantu para peserta dalam isu-isu rumah tangga yang sedang dihadapi. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.


picture Undian
picture Pengumuman