News

 

Bengkel Tamrin Qiyadi Saudara Kita Bahagian Mukah

Posted on 22 Nov 2023
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah


Bengkel Tamrin Qiyadi Saudara Kita Bahagian Mukah anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sarawak dan Urusetia Saudara Kita Bahagian Mukah telah diadakan pada Rabu, 22 November 2023 bertempat di Tingkat 3, Dewan Majlis,Kompleks Pusat Pentadbiran Baru, Mukah.



Seramai 38 orang yang menyertai program ini, mereka terdiri dari USK Bahagian Mukah,USK Daerah Balingian, USK Daerah Igan dan USK Daerah Matu Daro. 



Program diadakan untuk memberi penerangan tentang kepimpinan . Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kemahiran  bercakap di dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan, di mana setiap kumpulan diarahkan untuk menjawab 2 soalan yang di sediakan oleh fasilatator dan setiap kumpulan akan membentang hasil perbincangan dan menjawab persoalan dari kumpulan-kumpulan yang lain.  Daripada aktiviti ini dapat dilihat sejauh mana ketua kumpulan memainkan peranan terhadap ahli kumpulannya.



Program ini juga dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di antara saudara kita yang baru dan yang lama. Program sebegini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan generasi saudara kita yang mampu menjadi pemimpin dan berani untuk bersuara.
 


Undian
Pengumuman