picture

News

 

Kursus Pra Perkahwinan Siri 1/ 2024

Posted on 25 Jan 2024
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah

24 hingga 25 Januari 2024 (Rabu dan Khamis), Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah telah mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Siri 1/ 2024 bertempat di Dewan Majlis, Tingkat 3, Kompleks Pusat Pentadbiran Baru, Mukah.



Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang alam berumahtangga dan institusi kekeluargaan kepada bakal suami dan bakal isteri sebelum menempuhi alam perkahwinan. Seramai 46 Peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 24 Lelaki dan 22 Perempuan.



Agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terdiri daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Mukah dan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Mukah.



Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan sepanjang kursus diadakan.

 


picture Undian
picture Pengumuman