News

 

Kursus Pengurusan Jenazah

Posted on 20 May 2024
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah


Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah telah diadakan pada Isnin, 20 Mei 2024 bertempat di Masjid Setiaraja Mukah. 



Seramai 62 orang dalam kalangan penjawat awam di Bahagian Mukah telah menyertai kursus ini.Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan keutamaan mendalami ilmu agama (fardhu kifayah) dan meningkatkan keyakinan diri dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah.



Di antara pengisian kursus adalah penerangan teori berkaitan pengurusan jenazah serta sesi praktikal memandi, mengkafan dan solat jenazah yang dikendalikan oleh Ustazah Sharifah Mariah Binti Wan Zain dan Ustaz Jammie Andrew.


image Undian
image Pengumuman