News

 

Kelas Pengajian Islam Pegawai Masjid Bahagian Kuching Siri 1/2024

Posted on 16 May 2024
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching


Kelas Pengajian Islam Pegawai Masjid Bahagian Kuching Siri 1/2024 telah diadakan pada Khamis,16 Mei 2024 bertempat di Masjid Al-Abyad Matang Jaya Kuching.



Kelas Pengajian Islam Pegawai Masjid adalah satu program khas secara berkala yang melibatkan 150 orang Pegawai Masjid Bahagian Kuching (Imam,Bilal & Marbot).



Antara objektif Kelas Pengajian Islam ialah untuk memantapkan dan mengukuhkan pengetahuan serta ilmu para peserta dalam menyebarkan syiar Islam dan memantapkan peranan Pegawai Masjid sebagai barisan hadapan Masjid dalam menjawab permasalahan agama di kariah masing-masing.

 


image Undian
image Pengumuman