News

 

Kursus Pra Perkahwinan Siri 4/2024

Posted on 28 May 2024
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Miri


Kursus Pra Perkahwinan Siri 4/2024 anjuran Unit Pembangunan Keluarga Islam, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri telah diadakan pada Isnin hingga Selasa, 27-28 Mei 2024 bertempat di Dewan Tudan, Aras 1, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Seramai 83 orang peserta yang hadir dalam kursus tersebut. 



Di antara objektif penganjuran kursus ini adalah bertujuan: 
  1. Melahirkan pasangan suami/isteri yang mempunyai asas pengetahuan agama dalam pembinaan rumahtangga Islam.
  2. Membentuk akhlak rumahtangga Islam dalam kehidupan berkeluarga.
  3. Memberi pendedahan berhubung tanggungjawab suami/isteri dari segi Syara’.
  4. Membekalkan persediaan rohani dan jasmani kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.

 


image Undian
image Pengumuman