News

 

Program Kesejahteraan Pekerja: "Wellness is a State Of Being"

Posted on 29 May 2024
Source of News: Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching


Program Kesejahteraan Pekerja: "Wellness is a State Of Being" anjuran Unit kaunseling, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching telah diadakan pada Selasa, 28 Mei 2024 bertempat di Imperial Kuching. 



Program ini disertai oleh kakitangan Penjawat Awam Negeri Sarawak antaranya dari Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak,Jabatan Mufti Sarawak,Majlis Islam Sarawak,Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuching,Dewan Bandaraya Kuching Utara,Pejabat Daerah Bahagian Kuching,Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching,Samarahan dan Serian.



Antara objektif penganjuran program ini diadakan adalah:
1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan konflik,pengurusan kewangan dan pengurusan interpersonal.
2. ⁠Memberi ruang dan peluang kepada kakitangan untuk memahami kepentingan kesejahteraan pekerja.
3. ⁠Mempromosikan kepentingan keseimbangan kerja dan kehidupan sebagai penjawat awam


image Undian
image Pengumuman