News

 

Kesedaran Penyalahgunaan Dadah & _Substance

Posted on 30 May 2024
Source of News: Bahagian Kemajuan Keluarga Islam


Seminar Pembangunan Keluarga : "Kesedaran Penyalahgunaan Dadah & _Substance_" anjuran Bahagian Kemajuan Keluarga Islam telah diadakan pada Khamis, 30 Mei 2024 bertempat di Dewan Tertutup RTP, Pantai Tanjung Kembang, Kabong. 



Antara objektif penganjuran program ini diadakan:
1. Mendedahkan peserta tentang mudarat dan bahaya dadah untuk mencegah penyalahgunaan dadah
2. ⁠Mendedahkan peserta tentang aspek kerohanian yang menjadi tunggak pencegahan penyalahgunaan dadah
3. ⁠Mendedahkan peserta tentang kepentingan sokongan keluarga dari aspek psikologi untuk membantu proses pemulihan penyalahgunaan dadah


Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan disertai seramai lebih kurang 100 orang peserta. Pengisian ceramah telah disampaikan oleh Inspektor Mohd Musa bin Ali (Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, IPD Saratok), Ustaz Mohd. Khairil bin Wasli serta Puan Nur Hamni binti Sazali dari Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, JAIS. Pameran disertai sebanyak 4 agensi - Pejabat Kesihatan Bahagian, Agensi Antidadah Kebangsaan, Tabung Haji dan CENTEX turut serta menjayakan program dengan membuka booth sepanjang program. Majlis Penangguhan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Chee bin Kadir, N.40 Kabong.


image Undian
image Pengumuman